Tuesday 21 November 2017

9 Bulan Hilang, Bapa Jumpa Anak Dengan Penculik


CULIK dan pemerdagangan manusia bagaikan tiada penamatnya sehingga setiap hari pasti kita akan dengar berita kanak-kanak diculik, tak kira di dalam mahupun di luar negara.

Namun siapa sangka setelah hampir setahun kehilangan anak tersayang akibat diculik, akhirnya seorang bapa di China berjaya menemui semula anaknya.

Dipetik daripada portal Nextshark, lelaki yang dikenali sebagai Chen Zhouhong telah menjumpai semula anak lelakinya yang hilang sekitar sembilan bulan lalu.


Ketika kejadian yang tidak dijangka itu, Cheng Jiafu yang berusia enam tahun sedang berjalan di sebuah pusat beli belah bersama dengan tiga orang lelaki di Qingxin Town Plaza pada 21 Februari lalu.

Mereka dipercayai sebagai suspek pemerdagangan manusia. Naluri seorang bapa tidak pernah salah dan tak dinafikan dia berasa sangat gembira apabila terserempak dengan anaknya ketika itu.

Tanpa buang masa, Chen segera menarik anaknya dan memanggil pihak berkuasa untuk memberkas ketiga-tiga lelaki terbabit.

Tak lama kemudian, ketiga tiga suspek telah berjaya ditahan dan mereka masing-masing dikenali sebagai Ou, Chen dan Li.


Perbicaraan mahkamah telah berlangsung pada 10 November lalu dan dipercayai Jiafu bakal dijual oleh Ou kepada keluarga lain. Mereka semua telah disabitkan kesalahan di sebuah mahkamah.

Ou dikenakan hukuman penjara selama enam tahun dan denda 10,000 yuan (RM6,255), manakala Li dipenjara selama tiga tahun serta penjara dua tahun telah dijatuhkan kepada Chen (penculik) atas kesalahan culik.

Sewaktu Jiafu diculik iaitu pada 27 Mei 2016, dia sedang bersama dengan kakaknya di rumah mereka iaitu dekat Kampung Matang, Qiangyuan, Guangdong.


Kedua-dua beradik itu ditinggalkan dekat rumah tersebut semasa Chen keluar bekerja.

Sejurus kejadian, kakak Jiafu segera memberitahu kepada jiran yang datang ke rumahnya dan memaklumkan bahawa adiknya telah diculik oleh individu yang tidak dikenali.

Kebiasaannya mangsa yang sudah diculik pasti kebarangkalian untuk dijumpa semula sangat rendah. Namun rezeki menyebelahi keluarga Chen apabila dia dapat berjumpa semula anaknya yang hampir dijual.


Kepada ibu bapa diluar sana, jangan sesekali membiakan anak-anak anda berseorangan ketika di luar mahupun di dalam rumah. Malang tidak berbau, apa-apa sahaja boleh terjadi masa sekarang ni. – MYNEWSHUB.CC/AH

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments