Wednesday 22 November 2017

Ibu & Anak Jadi Viral Kerana Kelihatan Sebaya


KIENYA Booker sudah berusia 40 tahun namun dia memiliki keistimewaan kerana wajahnya kelihatan awet muda. Keadaan ini menjadikan dia terkenal di media sosial selepas dua anak perempuannya berkongsi gambar Kienya di internet.

Berdasarkan gambar berkenaan, sukar untuk membezakan mana satu ibu dan mana satu anak-anaknya. Ternyata Kienya yang berasal dari Nova Scotia `tidak makan tua’.

Kienya yang mempunya 79,000 pengikut di Instagram kelihatan sebaya dengan anak-anaknya iaitu K’Lienya, 18 dan Kolieya, 16.


Dalam temubual dengan Yahoo Lifestyle, Kienya berkata, gambar yang dirakamkan bersama anak-anaknya itu hanya sekadar gambar biasa.

“Gambar itu adalah gambar masa lalu bersama anak-anak saya iaitu kira-kira 12 dan 13 tahun lalu dan gambar terkini kami bersama-sama turut dimuatnaik di media sosial.

“Tidak lama kemudian ada netizen yang mengambil gambar kami dan meletakkan kapsyen guaraun ‘dia bukan ibu, tapi dia kakak mereka’,’’ katanya.

Sejak itu netizen mula meneka umurnya hinggakan ada yang menuduhnya sengaja bergambar seperti gadis remaja kerana ingin perhatian.

Namun tidak kurang pula yang memuji Kienya kerana kelihatan sangat muda berbanding usianya. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments