Thursday 16 November 2017

Video: Apabila Pelajar IPT ‘Parking’ Kereta…


SIAPA sahaja tidak geram dan marah apabila mengetahui kenderaan yang diparkir telah dihalang oleh kenderaan lain yang diletakkan secara bertindih.

Begitulah situasi yang dialami oleh seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi ini apabila kenderaannya telah ditindih dalam kejadian pagi semalam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor.

“Kebabian apakah ini? Parking tiga layer. Bodohnya masyarakat, belajar tinggi-tinggi kat universiti,” kata Amirul Azman menerusi video yang dimuat naik dalam laman Twitter.


Lebih parah, menurut Amirul, pemilik kenderaan yang menghalang laluan mereka itu pula langsung tidak meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi.

Ini membuatkan dia mengambil keputusan untuk meninggalkan sepucuk surat layang sebagai tanda ‘kebijaksanaan’ pelajar-pelajar yang menghalang kenderaannya.


Difahamkan, Amirul dan rakan-rakannya hanya dapat keluar dari kawasan tempat letak kereta itu pada sebelah petang dan mujur juga, mereka mempunyai kelas kuliah pada petang itu.

Bagaimanapun di ruangan komen, tampil seorang pemilik kenderaan yang menerima ‘surat layang’ daripada Amirul dan rakan-rakan itu.

“Salam. Tapi kereta saya parking row depan kenapa dapat surat layang gak eh? Tutup salam #sispelik,” soal Azreensya.


Wanita terbabit berasa pelik dan sedikit keliru ekoran kenderaannya dipersalahkan sedangkan dia memakirkan kenderaannya di bahagian depan.

Pada pemerhatian kami, mungkin surat terbabit yang asalnya diletakkan pada kenderaan menghalang laluan telah diubah oleh individu lain.

Sementara itu, pengguna Twitter, Miera Zainuddin memberitahu kawasan tempat letak kereta ditunjukkan dalam video sememangnya merupakan parkir khas untuk pelajar, namun rata-ratanya bersikap ambil mudah.

“Ni memang tempat khas parkir pelajar sahaja, so memang kadang-kadang wujud kebodohan semasa parking. Hahaha! Belum tengok lagi parking yang redha bumpernak kena sagat,” katanya.

Manakala majoriti pengguna Twitter lain mengecam teruk mentaliti segelintir pelajar berkenaan yang kononnya ‘bijak pandai’ namun hakikatnya mementingkan diri.

“Video ini mengajar kita yang belajar di universiti belum tentu menjamin yang kita ini pandai. Orang tak masuk universiti pun lagi pandai parking kereta,” tulis Fadli Alee.

“Inilah orang belajar tinggi-tinggi tapi tak apply kepandaian dalam everyday life,“ kata Afiq Muazam. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments