Tuesday 28 November 2017

Guru Cucuk Jari Kanak-Kanak Dengan Jarum Disiasat


SEORANG guru tadika di sebuah sekolah di China telah didakwa mendera kanak-kanak di situ dengan mencucuk jarum di jari mereka.

Susulan itu satu siasatan sedang dijalankan selepas laporan dibuat oleh ibu bapa kanak-kanak terbabit. Ia berlaku di sebuah tadika di Chaoyang di timur Beijing.

Laporan mengenainya dibuat pada 27 November lalu. Ibu bapa mendakwa kanak-kanak yang terlibat berusia antara tiga hingga empat tahun.

Malah seorang ibu mendedahkan gambar-gambar yang menunjukkan parut bekas cucukan jarum di jari anaknya. Wanita itu mendakwa anaknya didera oleh guru tadika itu.

Berita berkenaan dengan cepat tersebar di portal media berpengaruh di China namun tidak lama kemudian laporan itu telah hilang dari internet.

Sementara guru besar di tadika berkenaan memberitahu bahawa guru yang terlibat merupakan pelajar kolej yang menjalankan latihan praktikal di situ.

Kejadian itu berlaku empat hari selepas sebuah tadika, RYB Kindergarden di Beijing dituduh mendera muridnya dengan mencucuk jarum dan memberi pil misteri kepada kanak-kanak berkenaan.

Ia menyebabkan ibu bapa berkumpul di depan pintu pagar bagi mendesak jawapan daripada RYB, yang dikendalikan oleh sebuah syarikat. Syarikat berkenaan telah memulakan dagangan di bursa saham New York pada September lalu.

RYB merupakan sebuah tadika untuk golongan berpendapatan tinggi dengan pendidikan diajar dalam bahasa Cina dan Inggeris. – Mynewshub.cc

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments