Wednesday 15 November 2017

Ustaz Seks Guna Terung Jolok Faraj Isteri 3 Kali Seminggu


JAKARTA – Seorang guru agama dihadapkan ke sebuah mahkamah Indonesia ekoran tuduhan melakukan kekerasan rumah tangga termasuk mendera mental dan fizikal isterinya sendiri.

Suspek yang hanya dikenali sebagai Rizadi didakwa atas tuduhan melakukan hubungan luar tabii kerana telah memasukkan sayur-sayuran tertentu seperti terung dan timun ke bahagian sulit isterinya.

Kejadian aneh tersebut dilaporkan berlaku di Deli Serdang, Medan, Wilayah Sumatera Utara.

Menurut isterinya yang dikenali dengan nama Wisda, dia terpaksa membuat laporan polis akibat tidak tahan dengan perbuatan pelik suaminya itu yang sudah beberapa kali melakukan perkara tersebut.

Tambahnya lagi, suaminya yang berusia 42 tahun itu akan menonton video seks terlebih dahulu sebelum berbuat perkara pelik itu.

“Dia melakukannya tiga kali seminggu,” kata Wisda semasa memberi keterangan di hadapan hakim.

Malangnya, akibat perbuatan pelik suaminya, Wisda disahkan mengalami jangkitan kuman di rahimnya.

Wanita tersebut menyatakan dahulu suaminya tidak begini dan hanya berubah sikap selepas tertangkap mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

Khabarnya, suaminya itu pernah kantoi terbongkar rahsia berkenalan dengan seorang wanita melalui laman Facebook sebelum menjalinkan hubungan cinta.

Akibat perbuatan kejamnya itu, Rizadi dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun bermula hari ini sebagai hukuman balasan kerana merosakkan bahagian faraj isterinya.

Sementara itu, Wisda serta tiga orang anaknya kini di bawah pemerhatian pusat perlindungan. Namun, pemantauan tersebut hanya untuk sementara waktu. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments