Tuesday 21 November 2017

Alat Sulit Di Ruang Udara: Juruterbang Digantung Tugas


SEORANG juruterbang jet pejuang tentera laut Amerika Syarikat telah digantung tugas selepas melakarkan alat sulit gergasi di udara dengan menggunakan jet F/A-18 di atas ruang udara Washington.

Juruterbang itu telah meninggalkan jejak di udara yang menyerupakan sesuatu yang memalukan dan disaksikan ramai.

Menurut jurucakap tentera, Leftenan Komander Leslie Hubbel, insiden itu sedang disiasat dan mereka yang bertanggungjawab akan dikenakan tindakan.

“Tindakan yang dilakukan oleh juruterbang terbabit sama sekali tidak boleh diterima dan tidak beretika,’’ katanya.

Pasukan tentera laut juga meminta maaf di atas perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan tidak matang itu.

Sementara itu, salah seorang saksi berkata dia sedang membeli barang apabila melihat bentuk alat sulit yang dilakarkan oleh jet itu di udara.

“Selepas ia membuat pusingan di bahagian atas, saya dapat tangkap apa yang ingin dilakukannya dan saya mula ketawa. Ia kelakar dan bukannya sesuatu yang boleh anda lihat selalu,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments