Monday 27 November 2017

Gunung Agung: Keluar Amaran Tahap Tertinggi


JAKARTA – Agensi Bencana Indonesia berkata, pihaknya menaikkan amaran tahap tertinggi iaitu empat ke atas gunung berapi, Gunung Agung di Bali dan mengarahkan penduduk yang berada dalam lingkungan 8 hingga 10 kilometer di sekeliling kawasan berkenaan supaya berpindah dengan segera.

“Debu dan letupan perlahan yang kadang-kadang dapat didengari pada jarak 12 kilometer dari puncak. Api dapat dilihat pada waktu malam yang menunjukkan kemungkinan letupan berlaku pada bila-bila masa,” katanya dalam kenyataan.

“Dengan jangkaan kemungkinan dan risiko bencana Pusat Gunung Berapi dan Pencegahan Bahaya Geologi (PVMBG) menaikkan amaran dari tiga kepada empat bermula jam 6 pagi pada waktu tempatan,” katanya dalam satu kenyataan. – Reuters/BH ONLINE

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments