Tuesday 10 October 2017

Video: ‘Bocor’ Lagi Di Clever Girl Malaysia


PROGRAM realiti yang menguji kebijaksanaan gadis-gadis tempatan, Clever Girl Malaysia kembali ‘buat hal lagi’.

Kali ini, netizen mengecam rancangan berkenaan kerana seolah-olah telah memberikan jawapan bocor kepada salah seorang peserta dalam pusingan separuh akhir.

Menerusi siaran pada Jumaat lalu itu, wakil dari Selangor, Shazana Kamarzaman, telah meneka secara tepat tanpa mendengar sepenuhnya pilihan jawapan.

Di mana pada ketika itu, penasihat pertandingan, Datin Sharifah Shawati masih belum habis membaca soalan berkenaan namun telah dijawab oleh Shazana dengan meneka jawapan tersebut adalah ‘B’.


“Di antara karya berikut, yang manakah adalah hasil tulisan Usman Awang, ‘A’ Salina atau ‘B’ Jiwa (Teett),” soal Sharifah yang kemudiannya disusuli bunyian buzzer dari Shazana.

“Jawapan Saya B,” jawab Shazana.

Dalam waktu yang sama, pengacara program Alif Satar juga terkejut dan bertanya semula jawapan yang diberikan, “B, iaitu?” namun Shazana hanya dilihat tersipu-sipu senyum sambil menundukkan wajah.

Enggan menjatuhkan air muka peserta, Alif terus periksa jawapan yang diberikan kepada Sharifah dan mendapati ia jawapan betul.

Apa lagi, netizen yang melihat rakaman terus mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan rancangan terbabit.

“Pergh, macam mana boleh jawab dengan betul kalau tak dengar pilihan jawapan penuh dulu?” soal netizen di laman sosial.

Sebelum ini, bekas peserta dari Pulau Pinang, Syakirah Mohd Azam telah menarik diri ekoran dakwaannya mengenai pihak produksi rancangan yang bersikap berat sebelah.

Wanita itu mendakwa pihak produksi telah membocorkan soalan kepada salah seorang peserta rancangan bagi membolehkan peserta berkenaan kekal sehingga ke pusingan seterusnya.

Adakah benar mengenai dakwaan ini atau sekadar gimik bagi menaikkan ‘rating’penonton?

Apa pun sama-sama kita saksikan siapakah juara Clever Girl yang memasuki musim kedua ini. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments