Monday 9 October 2017

Gambar Zulin Aziz Pula Diedit Jadi ‘Stok’ Puaskan Nafsu!


JIKA sebelum ini kecoh tentang isu fitnah video lucah Eyka Farhana, video kaum seks sejenis Anding dan diikuti dengan ugutan yang diterima Feeya Iskandar, hari ini giliran pengacara dan penyampai radio Suria FM, Zulin Aziz pula.

Dah macam bermusim pula, kan!

Segalanya bermula apabila baru-baru ini Zulin telah menerima beberapa keping gambar dirinya yang telah diubah menjadi gambar lucah di Twitter.

Sudah pasti pelantun suara bagi lagu Terbiar ini terkejut dengan gambar-gambar berkenaan keraana dia sama sekali tidak tergamak untuk melakukan perkara terkutuk seperti itu.


“Saya terkejut apabila ada akaun menghantar gambar-gambar lucah dengan menampal muka saya dalam foto itu.

“Saya tidak tahu siapa punya kerja kerana saya rasa tidak pernah kacau hidup orang pun. Tidak tahu pula ada yang dengki dengan saya,” katanya dipetik mStar Online.

Sudah pasti kerja-kerja seperti ini dibuat oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab dan menggunakan akaun palsu untuk menyembunyikan identiti sebenar mereka.

Tambah Zulin lagi, individu tersebut memuat naik beberapa keping gambar dan video beserta kapsyen lucah.

Ini merupakan kali pertama pengacara ini menerima mesej-mesej yang tidak sepatutnya sepanjang berkecimpung dalam dunia hiburan.

“Ini kali pertama saya kena gangguan lucah ini. Pada awalnya saya tidak perasan, namun bila beberapa keping dihantar, saya sedar ia adalah gambar yang memalukan.

“Dia juga turut menghantar video lucah di laman sosial yang sama,” ujarnya.

Jelas sekali Zulin kecewa dengan insiden ini. Dia turut memuat naik satu gambar di Instagram dengan kapsyen yang mengharapkan individu yang telah memfitnahnya diberikan petunjuk dan tidak mengulanginya lagi.


Dalam pada itu, Zulin meminta pengikutnya di laman Twitter untuk membuat laporan kepada pihak Twitter agar posting itu dipadam di laman berkenaan.

Nampaknya semakin rancak aktiviti memfitnah orang di alam maya ini ya! Diharapkan pihak berkuasa dapat melakukan sesuatu supaya kes-kes seperti ini dapat dikurangkan dan maruah pengguna Internet, khususnya perempuan, terbela. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments