Monday 9 October 2017

Bank Makanan Terima Derma Makanan Usia 46 Tahun


TERGAMAKNYA…kakitangan bank makanan di Cardiff dikejutkan dengan individu yang tidak berperikemanusiaan yang sanggup menderma makanan dalam tin yang berusia 46 tahun.

Ia merupakan tin sup jenama Heinz yang berusia 46 tahun dan tin mengandungi jagung berusia 35 tahun.

Jenama sup berkenaan juga sudah tiada di pasaran. Ia merupakan barang-barang derma paling lama yang pernah diterima oleh bank makanan itu.

Ia dipercayai diderma oleh seseorang bersama makanan lain selepas membersihkan rumahnya.

“Kelakarnya, adakah saya akan makan itu? Sudah tentu tidak,” kata kakitangan bank makanan Cardiff, Helen Bull.

Helen turut menyelar sikap penderma yang cuba berlagak baik tetapi malangnya ketika mereka mahu membersihkan almari mereka, mereka langsung tidak memeriksa tarikh makanan berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments