Thursday 1 June 2017

Video Dakwa Wanita Diculik Di Ibu Negara Tidak Benar


KUALA LUMPUR – Mesej dan video tular di media sosial yang mendakwa seorang wanita diculik sekumpulan lelaki di Jalan Sultan Ismail di sini, adalah tidak benar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa berkata wanita warga Indonesia berusia 23 tahun itu merupakan suspek kes curi di Gombak.

“Wanita berkenaan (pembantu rumah) ditangkap oleh majikan lamanya dan diserahkan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak…kini mangsa ditahan di IPD Gombak,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata wanita berkenaan disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan kerana mencuri yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Rakaman kejadian pada Selasa (semalam) berdurasi 1 minit 22 saat yang tersebar di laman sosial hari ini memaparkan seorang wanita berjalan dengan seorang lelaki, dan kemudiannya dibawa menaiki sebuah kereta oleh sekumpulan lelaki.

Wanita berkenaan cuba melarikan diri, namun ditangkap oleh lelaki berkenaan. – BERNAMA

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments