Thursday 22 June 2017

Rindu Ada Baby Di Rumah, Kim K Guna Ibu Tumpang


BINTANG realiti Kim Kardashian West dan Kanye West telah menggunakan khidmat ibu tumpang untuk mengandungkan anak ketiga mereka, lapor majalah PEOPLE.

Kim telah lama menyatakan hasratnya untuk mendapat cahaya mata baru di dalam program realitinya, Keeping Up With The Kardashians namun terpaksa melupakan cadangan untuk mengandung sekali lagi oleh kerana komplikasi kesihatan yang dialaminya.

Doktor pakar yang merawat Kim telah menasihatkan mogul gaya hidup tersebut agar tidak mengandung lagi oleh kerana risiko kandungan placenta accreta (kandungan luar rahim) yang turut dialaminya semasa mengandungkan anak keduanya, Saint West.

“Doktor saya terpaksa masukkan keseluruhan lengannya ke dalam saya dan menarik uri tersebut dengan tangganya, menggoresnya keluar daripada rahim saya menggunakan jarinya. Amat meloyakan dan menyakitkan!!!” tulis Kim di dalam blognya tentang pengalaman melahirkan anak sulungnya ketika menghadapi kondisi kesihatannya.

“Ibu saya menangis; dia tidak pernah lihat situasi seperti itu seumur hidupnya. Proses kelahiran saya agak mudah, namun terpaksa menghadapi prosedur itu merupakan pengalaman paling menyakitkan dalam hidup saya!

“Mereka memberikan saya epidural kedua tetapi oleh kerana kesuntukan masa, saya terpaksa tahan sahaja kesakitan.

“Saya rindukan kehadiran bayi di rumah. Dan jika saya meninggal dunia lebih awal, saya tahun anak-anak saya mempunyai sistem sokongan yang kuat,” katanya lagi.

Pasangan Kim dan Kanye yang berkahwin pada Mei 2014 merupakan ibu bapa kepada North,4, dan Saint, 1 tahun 6 bulan. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments