Wednesday 21 June 2017

Gadis-Gadis Bergetar Iman Tengok Body Hot Aedy


PELAKON yang mula mencipta nama sejak kecil iaitu Aedy Ashraf sudah meningkat dewasa dan kini tampil dengan imej segar berambut panjang dan berbadon sado, siap ada six-pack lagi tu!

Jika diperhatikan perkongsian di laman Instagramnya, Aedy kini sering kali memuat naik foto dirinya shirtless, menayangkan body sado yang dimiliknya, sekali pandang dah macam model hot Latino.


Ramai gadis-gadis yang tak keruan tengok Aedy ni. Bukan main lagi, sampai ada yang bergetar iman sampai nak terbatal puasa tengok susuk tubuh pelakon berusia 24 tahun ini. Amboi, over tau!

Aedy yang memulakan karier lakonan dengan filem Tentang Bulan baru-baru ini muncul dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella memainkan watak antagonis Darius.

Dengan badan segak, rambut panjang mengurai macam hero Latin, mungkin lepas ni rezeki Aedy bergelar Hero Malaya sebaris Fattah Amin pula lepas ni. Mana tahu kan? – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments