Friday 23 June 2017

Pembantu Peribadi Aliff Syukri Kemalangan


SELEPAS diuji dengan kisah pembantu rumahnya curi dan bawa lari ribuan ringgit miliknya, usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri sekali dikejutkan dengan khabar duka.

Ia apabila pembantu peribadi kesayangannya sendiri mengalami kemalangan.

Menurut pengasas D’herbs ini, pembantu peribadinya yang sudah dianggap seperti adik kandung, Mohd. Iqbal mengalami kemalangan ketika sedang menunggang motosikal, semalam.


“Kepada anda yang mengenali Mohd Iqbal, saya memohon agar semua dapat mendoakan PA saya selamat kerana dia telah mengalami kemalangan.

“Saya sudah menganggap PA saya itu seperti adik saya dan saya terkejut dengan berita ini. Jadi saya harap semua dapat mendoakannya,” katanya.

Dalam video itu, Aliff turut memaklumkan dia kini sedang menunggu proses untuk membawa Iqbal dari hospital kerajaan ke hospital swasta.

Difahamkan, Iqbal sudah berkhidmat dengan Aliff sejak lelaki itu berusia 19 tahun.

Dalam perkembangan lain, Iqbal kini berada dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan selama 10 jam. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments