Thursday 29 June 2017

Sejam Tahan Sakit Kaki Sangkut Lubang Tandas


SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun terpaksa menahan kesakitan hampir sejam selepas kaki kirinya tersangkut dalam lubang tandas di rumahnya di Bandar Seri Behrang, Tanjung Malim, Perak, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, kaki mangsa tersangkut dalam lubang tandas cangkung dan pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim berkata, anggota terpaksa memecahkan mangkuk tandas berkenaan menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan kaki mangsa.

Menurutnya, mangsa mengalami luka kecil pada kaki dan kemudiannya diberikan rawatan awal sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya.

“Mangsa dihantar ke Hospital Tanjung Malim untuk rawatan lanjut,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments