Tuesday 27 June 2017

‘Superman’ Berbaju Raya Tumbang Di Lebuh Raya


SATU rakaman video menjadi tular di laman sosial memaparkan lima remaja menunggang lima buah motosikal yang dipercayai ‘merempit di Lebuh Raya Butterworth Kulim (BKE), Pulau Pinang.

Menerusi perkongsian Sahrizat Kamarudin, sekumpulan remaja tersebut telah memintas kenderaannya dan salah seorang daripada mereka melakukan aksi ‘superman’ di atas motosikal.

“Race atas BKE…siap potong aku superman lagi..last-last tumbang kawan-kawan pun cabut lari…nasib hang la dik,” tulisnya.

Menurutnya, sejurus selepas kejadian itu, salah seorang daripada penunggang motosikal itu terjatuh namun yang menyedihkan apabila rakan yang bersama telah pergi meninggalkannya.

Menerusi gambar yang dikongsi Sahrizat mendapati remaja berbaju Melayu warna merah jambu terbaring di atas jalan raya akibat kecederaan kerana terjatuh.

Bagaimanapun tidak diketahui kecederaan yang dialami remaja tersebut.

Dalam video tersebut, lima remaja berbaju Melayu menunggang motosikal dalam keadaan membahayakan dan memintas kenderaan lain di lebuh raya.

Netizen mengkritk tindakan sekumpulan remaja yang boleh menyebabkan kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain selain mencemarkan perayaan Aidilfitri.

Ada netizen yang menasihatkan remaja supaya kejadian ini dijadikan pengajaran. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments