Tuesday 27 June 2017

Awas, Jangan Campur Susu Dengan Teh & Kopi!


NIKMATNYA rasa bila dapat ‘pekena’ teh tarik, teh ais, kopi ais dan sebut sahajalah minuman lain yang bercampur susu.

Memang minuman yang disebutkan tadi menjadi kegemaran rakyat Malaysia, dari yang kecil hingga dewasa.

Namun awas! Ada yang mengatakan susu sebenarnya tidak boleh dicampurkan dengan bahan lain seperti teh dan kopi kerana ia akan mendatangkan kemudaratan pada tubuh seseorang.

Ya, memang benar kerana menurut pakar kesihatan, Dr. Marudut seperti yang dinyatakan di portal Doktorsehat.com, kandungan gizi dalam susu akan berkurang sekiranya dicampurkan dengan bahan lain.

Ini disebabkan bahan dalam teh atau kopi yang dinamakan tannin akan menghilangkan kandungan zat besi dalam susu. Maka kita tidak akan dapat apa-apa nutrisi dari minuman tersebut.

Hal ini jangan pernah dipandang enteng kerana ia akan mempengaruhi perkembangan tumbesaran kanak-kanak yang suka minum minuman seperti yang dinyatakan.

Bahkan kadar kalsium akan menurun sebanyak 10 peratus jika mencampurkan susu dengan bahan lain.

Jadi sebaiknya jika mahu mimum susu untuk mendapatkan nutrisi, lebih baik jangan campurkannya dengan teh, kopi atau sirap.

Namun tiada siapa pun yang menghalang anda untuk meminumnya jika sekadar sebagai minuman yang enak dan menyegarkan! – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments