Monday 26 June 2017

Guru wanita edar syabu dihukum gantung sampai mati


KOTA KINABALU: Bekas guru sekolah swasta, Suhailah Abdullah, 44, dituduh mengedar syabu 959.5 gram di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Bagi tuduhan yang dilakukan pada 11.50 pagi pada 27 Mei 2013 itu, dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Namun, ketika tuduhan dipinda mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan pesalah dihukum di bawah Seksyen 39A (2) (r) akta sama memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan rotan tidak kurang 10 sebatan, pada 17 Mac 2015 Suhailah mengaku bersalah.

Dia dijatuhi hukuman penjara 14 tahun.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan membantah keputusan Mahkamah Rayuan berkenaan.

Pada 18 Julai 2016, Mahkamah Rayuan mengarah kes tersebut dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi agar tertuduh membela diri daripada pertuduhan asal.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Gan Peng Kun.

Pada Sabtu, semalam, Suhaila mendapat keputuan penghakiman terbaru.

Memetik myMetro Online, hakim Nurcahaya Arshad di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Suhailah.

Pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes berkenaan.

Di kandang tertuduh, Suhailah tenang ketika hukuman dibacakan, namun, sebaik sahaja keluar dari pintu mahkamah, dia sebak menangis.

Peguam bela Datuk Seri Rakhbir Singh menenangkannya dan Rakhbir berkata pihaknya mengemukakan rayuan bagi kes tersebut. – Sarawakvoice

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments