Saturday 24 June 2017

Netizen Mulut Lahar, Tuduh Isteri Aliff Buat Maksiat


KECOH… Satu video ‘live‘ yang dirakam isteri pengasas kosmetik popular, Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahidah kini menjadi tular menerusi laman sosial.

Menerusi rakaman itu, Shahidah yang duduk bersebelahan dengan seorang ustaz, namun pada jarak yang berjauhan bercakap mengenai keinginannya untuk mengambil anak angkat.

Bagaimanapun, ketika mereka bercakap mengenai kebaikan mengambil anak angkat, tiba-tiba ada netizen bermulut ‘lahar’ sesuka hati menuduh Shahidah melakukan maksiat bersama ustaz itu.

Tuduhan berkenaan ternyata mengundangkan kemarahan Shahidah yang menyifatkan ianya adalah satu fitnah.

“Ya Allah… tak baik cakap kita macam itu. Datuk adalah dalam rumah. Ramai dalam rumah ini.

“Tula korang ini, jangan menfitnah! Ini kan bulan puasa.

“Ada ke patut kata aku buat maksiat, gila ke apa?

“Sejahat-jahatnya kita ini takdelah sampai nak buat maksiat. Masih tahu halal haram,” ujarnya.

Haishhh, jahat sungguh mulut netizen itu. Padahal, secara terang-terangan dalam rakaman itu turut kelihatan anak perempuan Shahidah sekali.

Sabarlah, Datin! – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments