Wednesday 28 June 2017

Dipaksa buat seks dengan anjing, makan zakar sendiri…


LONDON: Sebuah kumpulan pelampau yang didakwa menggerakkan kempen zaman gelap, disabitkan kesalahan membunuh seorang lelaki dengan didera dan dipaksa memakan kemaluan sendiri.

Mangsa, Jimmy Prout, 45, menganggap ahli sebuah kumpulan ekstremis berkaitan kultus zaman gelap, sebagai rakan.

Namun, hal terjadi yang dilakukan oleh “rakannya itu” terhadapnya adalah sebaliknya.

Ahli kumpulan tersebut mengkhianatinya.

Menurut Mail Online pada Selasa, mahkamah mendapati pada 2015 mangsa didera oleh kumpulan tersebut.

Gigi mangsa dipatah dengan tukul.

Mangsa juga dipaksa melakukan hubungan seks dengan anjing.

Pendakwa raya Paul Greaney QC berkata, zakar Jimmy dipotong dan testikelnya dikeluarkan, kemudian dia dipaksa memakannya.

Prout mati pada Februari 2016.

Mayatnya dibuang di kawasan pelupusan sampah sekitar 100 meter dari rumahnya, sehingga dimakan haiwan dan reput.

Kumpulan tersebut turut mengambil duit mangsa serta menutup jenayah mereka dengan berpura-pura mencari kehilangan mangsa.

Rakaman litar kamera tertutup menunjukkan bagaimana kumpulan tersebut menyeksa Prout dengan teruk.

Prout sendiri pernah memuat naik gambar kecederaannya di akaun Facebook dengan menulis bahawa badan dan bahunya sakit.


Ahli kumpulan aneh itu, Ann Corbett, 26, dan Zaman, 43, disabitkan kesalahan membunuh.

Sementara, dua lagi rakan mereka, Myra Wood, 50, dan Kay Rayworth, 56, disabit kesalahan membenarkan kematian berlaku. – Sarawakvoice

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments