Monday, 6 February 2017

Mayat wanita sah pelancong China

KOTA KINABALU: Polis Sabah mengesahkan mayat wanita yang ditemui di perairan Pulau Mengalum, Sabtu lalu, adalah pelancong China yang hilang dalam insiden bot karam, 28 Januari lalu. 

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, berkata ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan pihak Hospital Queen Elizabeth (QEH) mengesahkan identiti mangsa sebagai Jianyi Yang, 38. 

"Mayat terbabit adalah pelancong China yang dilaporkan hilang sebelum ini iaitu Jianyi Yang berusia 38 tahun," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Sabtu lalu, satu mayat wanita ditemui tersangkut pada pukat nelayan yang menangkap ikan di kawasan antara Pulau Mengalum dan Pulau Tiga, di sini. 

Dengan penemuan itu, empat mangsa disahkan terkorban, setakat ini. Lima lagi mangsa iaitu empat pelancong China dan seorang kru bot belum ditemui manakala operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dijalankan. - BH Online

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments