Monday, 27 February 2017

Peguam 34 Tahun Tukar Kerjaya Jadi Pelacur


SEORANG peguam terkenal dan pakar perlembagaan telah mengejutkan ramai apabila secara tiba-tiba memutuskan untuk meninggalkan pekerjaan berkenaan bagi memulakan karier baru, iaitu sebagai pelacur.

Claudia de Marchi, 34, telah memulakan perkhidmatan yang menyediakan seks kepada ahli politik serta usahawan kaya dengan bayaran £150 sejam.

Ironinya, dia berbuat demikian dengan alasan tidak sanggup lagi berada dalam `dunia lelaki’ ketika menjadi peguam tetapi sanggup pula memuaskan nafsu lelaki sambil mendapat bayaran sepanjang hari.

Claudia juga mendakwa keputusan yang dibuatnya itu adalah yang terbaik pernah dilakukan dan turut memperolehi pendapatan £100,000 pada tahun lepas, iaitu melebihi pendapatan yang diperolehi ketika menjadi peguam.

Walaupun kebanyakan pelacur enggan mendedahkan diri sendiri, namun Claudia berbangga untuk melakukannya dengan alasan dia telah berjaya mencapai apa yang diinginnya.

Bukan itu sahaja, ibunya yang berusia 64 tahun turut memberikan sokongan dan turut menetap bersama anaknya itu.

Cláudia, menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang pada 2005 dan menjadi peguam selama 11 tahun, dengan mengkhusus dalam perlembagaan Brazil.

Dia turut menjadi pensyarah undang-undang perlembagaan di sebuah universiti, namun emudiannya mendakwa bosan dengan kariernya.

Wanita ini juga telah bercerai selepas hanya setahun berkahwin dan turut digugurkan daripada jawatan pensyarah disebabkan ego `seseorang’. Keadaan ini menyebabkan Claudia memikirkan semula mengenai pencapaian dalam hidupnya.

Pada bulan April tahun lepas, dia telah menawarkan seks untuk pertama kalinya dan kemudian berpindah ke Brasilia untuk memulakan kerjaya sebagai pelacur. – Mynewshub.cc

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments