KOTA KINABALU: Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu menetapkan 4 Julai ini sebagai tarikh mula bicara kes pengubahan wang haram membabitkan bekas Pengarah Jabatan Air Sabah dan isterinya serta seorang bekas timbalan pengarah jabatan berkenaan.
Hakim Abu Bakar Manat yang mendengar sebutan semula kes itu hari, ini turut menetapkan 4 depan untuk pengurusan kes.
Perbicaraan kes dijadualkan sepanjang Julai dan Ogos bermula pada 4 hingga 7 Julai, diikuti 25 hingga 28 Julai, 8 hingga 11 Ogos dan 22 hingga 25 Ogos.
Pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwaraya Husmaruddin Hussin memberitahu mahkamah, pihaknya akan memanggil kira-kira 200 saksi sepanjang perbicaraan.
Pada 29 Disember lalu, bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Awang Mohd Tahir Mohd Talib, 55, dan isterinya, Fauziah Piut, 52, serta bekas penasihat teknikal dan kejuruteraan Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Lim Lam Beng, 63, mengaku tidak bersalah terhadap 37 pertuduhan menyeleweng dana infrastruktur berjumlah RM61.48 juta. - BHonline
No comments:
Write comments