Saturday, 25 February 2017

'Aku Salute Orang Jepun'- Wartawan Jepun Kutip Sampah Di HKL


Sejak minggu lalu, kes pembunuhan Kim Jong Nam menjadi topik bualan nombor 1 oleh rakyat Malaysia. Kes ini juga sekali lagi meletakkan negara kita di mata dunia.

Ramai krew dari pelbagai agensi media antarabangsa terbang ke Malaysia dan "berkampung" di Hospital Kuala Lumpur, tempat di mana mayat mendiang Kim Jong Nam disimpan, semata-mata untuk mendapatkan laporan terkini.

Beberapa media dari Jepun turut sama turun padang demi memperoleh skop terbaik terhadap kes berprofil tinggi ini.

Namun, bukan kes pembunuhan Kim Jong Nam yang hendak dilaporkan di sini. Artikel ini adalah tentang sikap murni yang ditunjukkan oleh beberapa media dari Jepun ketika berada di HKL.

Dalam satu status di Facebook, wartawan BERNAMA, Amirul Sajadi menulis:

"Gelagat media/orang Jepun benar-benar menyentap aku dengan displin mereka menjaga kebersihan walaupun bukan di negara sendiri.

"Biasalah kerja sebagai orang media ni, bila kau dapat suatu tugasan tu, kau kena 'berkampung' sampai habis, even makan dan minum pun kau kena buat semuanya kat situ sebab takut terlepas berita. Jadi, sampah makanan dan minuman memang bersepah lah.

"Dari 5 pagi hingga 2 pagi keesokannya, media sentiasa menanti status mayat Kim Chol di Hospital Kuala Lumpur. Bila hari makin lewat, ramai yang sudah beransur pulang untuk berehat, yelah esok awal pagi nak kena 'bertapa' lagi di depan bilik mayat," ujar Amirul.
Setelah selesai mengemas barang, Amirul ternampak sekumpulan wartawan Jepun sedang mundar-mandir di situ dengan beg plastik di tangan mereka. Amirul terkejut apabila melihat mereka mengutip satu per satu sampah.

"Selesai berkemas kelengkapan, aku perasan hanya kumpulan media Jepun je yang tak terus pulang. Mereka seperti mencari sesuatu dengan memegang beg plastik. Lama aku perhatikan diorang, manalah tahu ada barang diorang yang hilang ke.


"Tapi rupa-rupanya aku silap. Diorang sebenarnya sedang kutip sampah di sekitar kawasan lepak media tadi," ujarnya lagi.

Lebih memeranjatkan, wartawan Jepun itu bukan setakat kutip sampah dan biarkan di satu sudut untuk orang lain buang. Mereka angkut kesemua plastik sampah tersebut masuk ke dalam teksi yang dinaiki.

"Segannya aku. Yelah, orang luar yang tolong kutipkan sampah. Dan yang buat aku lebih tergamam, semua sampah yang diorang kutip tu, diorang bawa naik teksi dan aku pun tak pasti kemana diorang bawa semua sampah tu pergi. Hebat sungguh displin diorang!

"Mati-mati aku ingatkan diorang hanya kumpulkan setempat agar esok senang pekerja pembersihan nak ambil," tulis Amirul.

"Aku 'salute' sebab diorang masih amalkan budaya dan displin yang tinggi walaupun berada di negara asing."

"Mungkin kita, rakyat Malaysia boleh amalkan cara diorang ni, jadikan ia contoh. Manalah tahu kita boleh jadi lebih baik daripada Jepun dalam isu kebersihan kan," tulis Amirul.

Beliau sempat merakam dua video pendek menunjukkan wartawan Jepun sedang mengutip sampah di HKL. Boleh tonton (DISINI)

Says.com

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments