Singapura, 27 Feb - Sekawan lebah telah berjaya diracun menggunakan penyembur serangga dalam kejadian di Punggol dekat sini pada Ahad.
Menurut The Straits Time, lebah-lebah terbabit ditemui berada di kepala pancuran bilik mandi di rumah seorang penduduk di kawasan terbabit.
Foto lebah-lebah itu selepas diracun dikongsi oleh pengguna Twitter @yokey017 yang berkata kejadian terbabit menimpa rakannya.
Menurut @yokey017, serangga itu dibunuh menggunkan Baygon.
Ketika dihubungi oleh The Straits Times, @yokey017 berkata rakannya enggan ditemuramah tetapi mengesahkan kejadian itu berlaku di kawasan yang dinyatakan. - straitstimes, Yokey017
No comments:
Write comments