Banyak sebab mengapa ia boleh terjadi begini dan ini adalah ulser kornea, nanah dan fungal.
Puncanya? Kornea luka. Bila jumpa doktor yang tak sepatutnya, maka dapatlah juga ubat yang tidak sepatutnya. Mata akan jadi radang, merah, luka semakin besar. Jadi datanglah parasit yang tidak diundang.
Pada awalnya, bila saya bangun dari tidur, penglihatan mata saya kabur. Saya gosok-gosok mata ganas sangat sampai kornea pun tercalar. Bila letak ubat yang dibeli 'suka-suka' di farmasi tanpa meminta nasihat doktor, akhirnya menjadi begini.
Selepas dah buat kornea transplant, kuman langsung tak ada tetapi kornea mata masih ada luka besar di dalamnya. Disebabkan tidak menjaga dengan elok, saya dimasukan ke wad semula. Menderita kena cucuk ubat antibiotik dalam mata. Sebab? Ubat drop tak dan dah nak masuk ke belakang mata. Nak lawan kuman yang kuat dan semakin banyak.
Jangan beli ubat sendiri di farmasi dan akhir sekali jangan cuci mata menggunakan air. Kornea luka, jangan mandi bersuka ria. Jawapannya, kuman achantamoeba akan bertapak dalam mata. Kuman yang sangat jarang orang terkena. Tapi kalau dah kena, sangat sukar untuk dibunuh. - Kelab Info Malaysia
No comments:
Write comments