Mungkin kerana ingin cepat menghadiri sesi ujibakat Bad Girl Club, wanita ini menghentikan keretanya pada tempat yang salah.
Wanita ini telah didenda oleh pegawai polis dengan cara tayar keretanya dikunci. Polis menghalangnya daripada bergerak dan perlu membayar denda dahulu untuk membuka kunci, tetapi wanita ini ‘tidak makan saman’.
Kebiasaannya, apabila tayar kereta dikunci kita akan pergi ke pejabat pihak berkuasa dan membayar saman. Itulah perkara yang harus dilakukan. Tetapi, tidak untuk wanita ini. Lagak gayanya memang sesuai untuk ke Bad Girl Club.
Kebiasaannya, apabila tayar kereta dikunci kita akan pergi ke pejabat pihak berkuasa dan membayar saman. Itulah perkara yang harus dilakukan. Tetapi, tidak untuk wanita ini. Lagak gayanya memang sesuai untuk ke Bad Girl Club.
Wanita ini membawa kereta jenis SUV keluaran BMW. Tanpa menghiraukan arahan polis dan tidak membayar saman, wanita ini terus memandu keretanya walaupun tayar sudah dikunci.
Apabila mula bergerak, kunci tersebut seolah-olah akan memberi kerosakan kepada keretanya. Dengan selamba, dia keluar daripada parkir dan terus memandu ke tempat yang ingin dituju.
Menariknya, apabila keretanya bergerak kunci itu pula yang rosak dan tertanggal daripada tayar. Wanita ini berjaya melepaskan diri. Oleh itu, dia tidak perlu ke pejabat pihak berkuasa untuk membuka kunci tersebut. Keberanian wanita ini mendapat sorakan dan tepukan daripada orang ramai yang berada di situ.
Tontonlah video ini. Tetapi, ini bukanlah contoh yang baik untuk diikuti. Apabila kita bersalah, terimalah hukuman yang diberikan dan bukannya membantah.
Jadikan video ini sebagai satu pengajaran untuk menghormati pihak berkuasa yang telah banyak berjasa. - Era Baru
Lihat video (DISINI)
Lihat video (DISINI)
No comments:
Write comments