Sunday, 26 February 2017

Suami Isteri Bangsat '5 kanak kanak dipaksa jadi buruh ladang'


PENGKALAN HULU: Polis menyelamatkan 18 individu termasuk lima kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi pekerja di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Tasek, di sini awal pagi tadi.

Dalam serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri pada jam 1 pagi itu, polis turut menahan sepasang suami isteri dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia. 

Pasangan suami isteri masing-masing berusia 44 dan 24 tahun itu bekerja sebagai pengurus ladang berkenaan. 

 Sebelas mangsa yang diselamatkan berusia antara 27 hingga 64 tahun termasuk enam wanita, dua remaja lelaki berusia 13 dan 17 tahun manakala lima kanak-kanak berusia antara dua hingga tujuh tahun.

Semua mereka yang juga warga tempatan itu akan ditempatkan secara sementara di rumah perlindungan di beberapa negeri termasuk Johor dan Negeri Sembilan, berdasarkan negeri asal mereka. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Gan Tian Kee ketika dihubungi mengesahkan serbuan itu dan pihaknya kini dalam proses mendapatkan perintah reman terhadap pasangan suami isteri itu. 

Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek menawarkan gaji sebanyak RM900 kepada mangsa namun hanya membayar RM100 sahaja manakala kanak-kanak pula dipaksa bekerja di ladang berkenaan tanpa sebarang upah. 

"Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 13 dan 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - BHonline

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments