Showing posts with label Local. Show all posts
Showing posts with label Local. Show all posts

Saturday, 30 December 2017

Bengang Isteri Curang, Suami ‘Balas Dendam’ Rogol Anak


SEORANG lelaki tergamak rogol anak kandungnya yang berusia sembilan tahun dalam satu kejadian di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, baru-baru ini.

Memetik sumber, Mynewshub difahamkan suspek berbuat demikian ekoran mahu membalas dendam terhadap perbuatan terkutuk isterinya yang didakwa curang dengan lelaki lain.

Tulis Makan Sampai Kenyang, Tapi Lain Pula Jadi!


BAHANA tidak berpuas hati dengan layanan yang diberi, sebuah video memaparkan beberapa orang pelanggan sedang bertekak dengan peniaga durian menjadi tular di laman sosial.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Jalan Kebun Klang, Shah Alam itu menyaksikan pelanggan berkenaan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sikap peniaga itu yang didakwa seorang penipu.

Pernah Diugut, Fathia Latiff ‘Pasang’ Bodyguard?


NAMA pelakon kontroversi, Nur Fathia Abdul Latiff sekali menjadi bualan hangat peminat industri hiburan tanah air baru-baru ini.

Ia melibatkan khabar mengenai penularan sekeping foto menyaksikan aktress berkenaan diapit oleh dua orang lelaki berwajah agak serius di sisinya seperti memberi bayangan bahawa Fathia kini mempunyai pengawal peribadi.

Doktor Didakwa, Terpotong Zakar Kanak-Kanak


KAJANG – Seorang doktor yang dikaitkan dengan kes terpotong bahagian kepala zakar seorang kanak-kanak lelaki ketika melakukan proses berkhatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tiga pertuduhan, termasuk mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa, tahun lepas.

Dr. Azahari Hashim, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.

Pensyarah Minta Netizan Boikot Produk Safiey Illias


NAMA Safiey Illias dahulunya pernah menggemparkan negara apabila tekad menjadi lelaki sejati selepas bebrapa tahun hidup sebagai mak nyah.

Kisahnya itu juga tular dan berjaya mencuri perhatian netizen. Namun, kesungguhannya itu seakan-akan ‘hangat-hangat tahi ayam’ apabila Safiey dilihat kembali menjadi ‘wanita’ semula.

Monday, 18 December 2017

Ular Dalam Majlis Pengantin? Takde Hal..


PERSEMBAHAN dalam sesuatu majlis perkahwinan boleh mendatangkan mood kepada program berkenaan sekali gus memeriahkan lagi acara itu.

Mungkin ada yang berpendapat persembahan daripada artis kegemaran menjadi memori paling indah pada majlis persandingan mempelai tersebut.

Namun, lain pula buat pasangan ini apabila pengantin perempuannya membuat persembahan bersama haiwan berbahaya pada majlis perkahwinannya beberapa hari lalu.

Saya Ingatkan Gaduh-Gaduh Biasa – Saksi


“SAYA ingatkan gaduh-gaduh biasa sahaja sebelum terdengar bunyi letupan.”

Demikian kata seorang saksi yang berada lokasi kejadian seorang lelaki dibunuh di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, Johor Bahru, Johor semalam.

Menurut pekerja stesen minyak yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail, 53, dia terus bergegas ke bahagian depan sebaik mendengar suara wanita menjerit dalam bahasa Mandarin.

Apa Dah Jadi? Orang Awam Ketawa Lihat Gadis Dicabul?


SABAN hari ada sahaja kita dengari kes cabul yang berlaku terhadap gadis atau golongan wanita bekerjaya di luar sana.

Lebih teruk lagi, kebanyakan kes yang dilaporkan berlaku adalah di kawasan yang terbuka seperti di tempat awam.

Namun apa yang menyedihkan apabila sikap orang ramai yang lebih memilih untuk menjadi ‘penonton’ serta berdiam diri daripada tampil ke hadapan untuk membantu mangsa.

Tegur Mat Rempit, Pemandu Ambulans Dibelasah


TANPA disangka, teguran yang diberi kepada sekumpulan mat rempit mendatangkan musibah ke atas seorang pemandu ambulans apabila dipukul remaja terbabit dalam kejadian pada malam Ahad.

Insiden pukul 1.40 pagi berhampiran Plaza Tol Taiping Utara, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mengakibatkan mangsa berusia 53 tahun turut menerima empat jahitan di kening kanan, manakala seorang jururawat wanita turut cedera akibat ditendang.

Ditikam, Dilanggar, Digilis Sampai Mati


EMPAT lelaki menikam, melanggar dan menggilis seorang lelaki sehingga mati dalam kejadian tragis di stesen minyak di Taman Pelangi, Johor Bahru, malam tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata siasatan awal mendapati mangsa adalah lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an dan kejadian pada 7.30 malam.

Katanya, ketika itu mangsa bersama wanita yang dikatakan pergi ke stesen minyak itu untuk mengisi angin tayar kereta mereka.

Video: Kau Yang Salah, Nak Tunjuk Samseng Pulak..


TULAR menerusi media sosial video seorang lelaki yang berlagak samseng cuba mengancam dan merosakkan kereta pengguna jalan raya yang lain.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.13 petang semalam di Klang, Selangor, mangsa yang dalam perjalanan menuju ke destinasinya secara tiba-tiba dihalang ketika cuba melalui sebuah bulatan jalan raya.

Sunday, 17 December 2017

Bila Kali Terakhir Kamera Pecah?”- Adi Putra


KALAU sebelum ini, kita digemparkan mengenai kontroversi melibatkan pelakon, Neelofa yang menegur sikap ‘biadap’ wartawan kerana menerbitkan artikel tidak berasas.

Kali ini, seorang lagi selebriti iaitu Datuk Adi Putra dikatakan turut ‘sound’ seorang wartawan apabila diasak dengan soalan berbentuk peribadi.

Mak aihh… Garangnya selebriti-selebriti tanah air kita ni ya? Terkejut kami selepas tahu mengenai perkara ini.

Gadis ‘Selamba’ Jual Diri Di WeChat


SUDAH hilang agaknya perasaan malu dan melindungi maruah diri bagi sesetengah kaum perempuan dewasa ini, sehingga sanggup menjual ‘diri’ di aplikasi WeChat!

Gadis yang dikenali sebagai Nur Syahira Masnawi dengan tanpa segan silu telah memuat naik moment di akaunnya mengenai tawaran ‘perkhidmatannya’ itu.

Kau Belanja Apa Sampai RM275, Bodoh!?..


SUAMI sepatutnya menjadi tempat bagi isteri untuk berlindung, tetapi zaman kini tersasar sungguh peranan sebenar suami dalam institusi rumah tangga.

Hari demi hari, pelbagai perkongsian hiba dan duka yang dikongsikan oleh para isteri yang sudah tidak tahu ke saluran manakah untuk meluahkan rasa sedih yang bersarang di hati akibat sikap si suami.

Dua Pegawai SPRM Ditangkap Khalwat


KUALA LUMPUR – Dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditangkap khalwat di sebuah kediaman di Seri Kembangan, Selangor pada awal pagi hari ini (Sabtu).

Sumber daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah mengesahkan bahawa satu tangkapan telah dibuat dalam sebuah operasi serbuan pada jam 3 pagi tadi.

Netizen Malu Kena ‘Shoot’ Dengan Dr. Amalina Bakri


TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Sebab itulah sebelum membuat sebarang kenyataan lebih-lebih lagi di media sosial, fikirkan dahulu hati dan perasaan orang lain.

Bukan apa, silap-silap nanti termalu sendiri pula, seperti yang berlaku kepada seorang netizen yang mengutuk bekas pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004 peringkat kebangsaan, Dr. Nur Amalina Che Bakri di laman Twitter baru-baru ini.

Friday, 15 December 2017

VIDEO: Sanggup Jadi Perempuan Untuk Mencuri


KUALA NERUS- Terdesak, seorang lelaki sanggup menyamar sebagai jemaah wanita dengan mengenakan telekung dan solat Subuh bersama-sama, sebelum melarikan beg tangan seorang jemaah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 pagi itu di Masjid Wakaf Tembesu, di sini, jenayah yang dilakukan suspek berkenaan telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan.

Safiey Illias Kini Kembali Jadi ‘Mak Nyah’?


MASIH ingat lagi berita penghijrahan pengasas kosmetik, Safiey Illias yang sebelum ini merupakan ‘mak nyah’ sebelum mengambil keputusan untuk menjalani kehidupan sebagai lelaki sejati?

Terkini, Safiey sekali lagi mengundang perhatian masyarakat kerana dikatakan kini kembali menjadi lelaki lembut.

Netizen ‘Bengang’ Blogger Tak Kenal Aaron Aziz


RASANYA semua orang di Alam Melayu kenal siapa Aaron Aziz, tetapi masih berkemungkinan tinggi aktor tersebut hanya dikenali oleh peminat berbangsa Melayu sahaja dan tidak begitu popular di kalangan bangsa lain.

Namun, itu tidak menjejaskan social media presence pelakon dan pengarah kelahiran Singapura itu.

Tertekan Pedal Minyak Punya Pasal


SEORANG pemandu wanita cedera apabila dia tertekan pedal minyak keretanya sehingga merempuh kedai serbaneka sebuah stesen minyak di Jalan Pesona, Taman Pelangi Indah, Johor Bahru kira-kira 1.30 pagi, hari ini.

Sebelum kejadian itu, pemandu berusia 19 tahun terbabit dikatakan sedang mengisi minyak di stesen minyak berkenaan.