Tuesday, 28 February 2017

Penumpang Uber Dicaj RM2,577 Gara-Gara Silap Alamat


SEORANG lelaki yang menempah perkhidmatan Uber dengan caj £20 (RM110.38) dari Brixton ke Croydon di London terpaksa membayar £467 (RM2,577.24) gara-gara tersilap memasukkan alamat destinasi dalam aplikasi mudah alih itu.

Akibat kesilapan itu, Aaron Wray terpaksa menaiki uber selama lima jam dan 20 minit bagi perjalanan sejauh 386 kilometer ke Bristol.

Tempoh perjalanan Wray sebenarnya hanya mengambil masa setengah jam jika memandu sejauh kira-kira 13 kilometer di antara dua destinasi di selatan London.

Menurut seorang jurucakap Uber, Wray tersilap memasukkan alamat di Bristol sebagai destinasi dan bukannya Croydon di London.

Wray hanya menyedari kesilapan itu sebaik sahaja tiba di Bristol kerana tidur di sepanjang perjalanan.

Bagaimanapun, pemandu Uber terbabit menawarkan Wray untuk membawanya kembali ke London. – Mail Online

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments