Tuesday, 28 February 2017

Lembaga hitam punca Eammiel kemalangan di Jambatan Sg Genai


MUKAH: Eammiel Tan, 20 dari Kampung Teh Labak sekembali dari mencari ulat mulung di hutan, bergegas memandu kereta ke bandar Mukah untuk mengisi minyak kereta seperti diminta oleh ayahnya.

Dalam perjalanan balik dari mengisi minyak di Mukah, Eammiel mengaku tidak memandu terlalu laju, ternampak kelibat lembaga hitam berdiri menghadang laluan keretanya.

Menceritakan detik misteri itu ketika ditemui di bilik kecemasan Hospital Mukah, Utusan Sarawak melaporkan pada Selasa, Eammiel berkata, “saya amat terkejut apabila ternampak lembaga hitam yang menyebabkan kereta saya terbabas,” kata mangsa memberitahu keretanya tercucuk besi penghadang jalan.

Kejadian berlaku 7 malam Ahad di Jambatan Sungai Genai Jalan Kampung Sesok-Kampung Tellian menyebabkan mangsa mengalami pendarahan di kepala dan leher.

Utusan Sarawak turut melaporkan, saksi Meradak Unga, 40-an yang kebetulan berada di situ memberitahu mangsa dibantu orang awam yang melintas kawasan terbabit dan menghantarnya ke hospital Daerah Mukah 8.30 malam.

Misterinya, Meradak turut mengaku sebelum ini, dia sendiri pernah menghadapi peristiwa yang sama sebagaimana dilalui Eammiel.

Meradak turut kemalangan selepas terserempak lembaga hitam menghalang laluan di tempat dan pada waktu hampir sama sekitar 7.30 malam dalam hujan renyai-renyai. – Sarawakvoice

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments