NEW YORK: Peguam kepada wanita pertama Amerika Syarikat, Melania Trump mengaju tuntutan berkaitan kes pencemaran nama baik beliau ke atas Daily Mail.
Dalam tuntutan awal disebut Melania hilang peluang seumur hidup meraih keuntungan dalam perniagaannya, berpunca daripada artikel yang disiarkan Daily Mail.
Tuntutan awal tersebut menimbulkan persoalan adakah ia bermaksud memperoleh sesuatu bersifat kewangan daripada kedudukannya sebagai wanita pertama AS?
Menurut laporan BBC Jumaat lepas, Daily Mail sebelum ini didakwa menuduh Melania menjadi wanita pelacur sebelum artikel tersebut dicabut.
Melania menuntut ganti rugi AS$150 juta atau RM660 juta.
Tuntutan awal mengatakan selepas tuduhan itu, perniagaan Melania terancam dalam melancarkan barangan komersial pelbagai kategori produk yang mampu mendatangkan keuntungan jutaan dolar kepadanya.
Bagaimanapun, setelah dikecam bahawa Melania seperti menggunakan kedudukannya sebagai wanita pertama AS untuk meriah keuntungan perniagaan tersebut, peguam mengemukakan tuntutan terbaru pada Jumaat lepas.
Tuntutan tersebut lebih berfokus pada tekanan emosi yang dideritai oleh Melania akibat laporan Daily Mail itu.
Pembohongan dan fitnah tentang Melania menyebabkan kerosakan luar biasa terhadapnya prospek peluang ekonominya, serta tekanan emosi.
Ketika menarik kembali artikel yang dimuat 20 Ogos itu, akhbar Daily Mail mengatakan mereka tidak berniat menyatakan atau menyebut Melania pernah bekerja sebagai pelacur atau terlibat dalam perniagaan seks. – Sarawakvoice
No comments:
Write comments