Monday, 6 February 2017

Warga Nepal dipenjara, gambar lucah dalam telefon

JOHOR BAHRU: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap seorang pekerja pembersihan warga Nepal selepas mengaku bersalah memiliki lima keping gambar berunsur lucah dalam telefon bimbit miliknya. 

Tertuduh, Bam Bahadur Bhetal, 29, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias. 

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki lima keping gambar berunsur lucah dalam telefon bimbit Samsung Galaxy J1 miliknya pada Ahad lalu, jam 11 pagi di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri. 

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mohd Nasir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BH Online

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments