Monday 19 June 2017

Temui Objek Pelik, Booth Jualan Aeril Zafrel Disihir?


MINGGU lalu Karnival Jualan Mood Republik yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menerima kunjungan ramai yang tidak henti-henti berpusu-pusu ke lokasi tersebut.

Karnival yang berlangsung selama 72 jam bermula Jumaat lalu menghimpunkan pelbagai gerai jualan pakaian, aksesori dan biskut raya bagi menyambut Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Gerai yang pasti mendapat sambutan hangat sudah tentulah gerai jualan para selebriti yang terlibat sama dalam karnival tersebut.

Aeril Zafrel merupakan salah seorang artis yang terlibat sama dalam karnival tersebut, menjual baju Melayu jenamanya sendiri, Lima Waktu dan isterinya, Wawa Zainal RTW.

Namun, dalam rancak berniaga, Aeril terkejut apabila menjumpai satu objek pelik yang ditemui berdekatan dengan gerai jualannya.

Berkongsikan perkara aneh itu, Aeril mendakwa objek itu adalah sihir yang dihantar oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan perniagaannya.

“Jumpa benda alah ni kat booth masa meniaga malam tadi kat PWTC. Apalah niat sebenarnya? Astaghfirullah… Bulan Ramadan pun nak buat macam ini. Bukan booth kat KL je booth kami kat Johor pun sama, staf jumpa benda yang sama.

“Zaman sekarang ada lagi orang percaya benda-benda ni. Dah bawak pergi jumpa pakar dalam bidang ni.. Ternyata benda ni sihir. Cukup-cukuplah.. Percaya pada rezeki masing-masing #iknowwhouare,“ tulis Aeril menerusi posting di laman Instagramnya, semalam.

Meletakkan hashtag #iknowwhouare, nampaknya Aeril memberikan bayangan seolah-olah dia mengetahui perbuatan sihir tersebut dilakukan oleh siapa. Mudah-mudahan perniagaan Aeril terus sukses selepas ini dan tidak terkesan dengan hasad dengki yang mungkin dilakukan oleh pesaing Aeril dalam bidang perniagaan yang dilakukannya itu. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments