TAKUT ditahan polis, seorang pelacur nekad menarik kondom dari alat sulit pelanggannya lalu menelan kondom terbabit dengan niat untuk menghapuskan bahan bukti.
Pelacur dikenali sebagai Dang dan berusia 48 tahun itu berbuat demikian selepas diserbu oleh polis dalam usaha membanteras aktiviti pelacuran di kalangan pendatang Vietnam di Taiwan.
Ketika itu, Dang dan pelanggannya `separuh jalan’ melakukan persetubuhan haram di sebuah spa kesihatan.
Dang dan pelanggannya itu kemudian disoal siasat secara berasingan. Pelanggannya memaklumkan aktiviti seks mereka dalam bilik dan dia turut menceritakan bagaimana Dang menelan kondom yang digunakannya itu.
Polis kemudiannya menggeledah bilik itu untuk mencari kondom terbabit tapi gagal. Dang pula sempat meminta air sebelum dikejarkan ke hospital.
Pemeriksaan x-ray mendapati kondom itu berada di dadanya. Dengan itu polis mempunyai bukti bahawa Dang merupakan pelacur dan melakukan seks dengan pelanggannya.
Dia kemudiannya dihukum penjara selama dua bulan. Selain Dang, pekerja spa yang lain turut menerima hukuman penjara. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments