SEPERTI yang kita sedia tahu, pada kebiasaannya hos atau pengacara mahupun penyampai berita di stesen luar negara akan tampil dengan berpakaian seksi setiap kali bersiaran.
Mungkin ini adalah salah satu selling point yang digunakan dalam usaha mereka untuk meningkatkan jumlah penonton atau juga rating bagi setiap rancangan disiarkan.
Bagaimanapun budaya berkenaan adalah tidak sesuai diamalkan di Malaysia kerana kita dikenali sebagai sebuah negara yang mementingkan kesopanan dan kesusilaan.
Akan tetapi, tidak sangka pula bahawa konsep budaya Barat itu diterapkan di salah sebuah stesen televisyen tempatan negara ini.
Baru-baru ini, netizen dikenali sebagai Ekyn Rosny telah mengkritik seorang pembaca berita yang dikatakan mengenakan pakaian menjolok mata untuk tatapan umum ketika sedang bersiaran.
Menerusi perkongsian berkenaan, pembaca berita tersebut dilihat mengenakan blazer hitam dan baju berwarna biru yang agak seksi di dalamnya sehingga mendedahkan sedikit lurah ‘berahi’.
“Sepuluh kali aku dok zoom benda nie sama ada baju ka memang lurahhh dia?? Aku nie jenih suka tengok berita tengah malam walaupun bahasa Inggeris bangang sikit.
“Tapi aku rasa tak sesuai sungguh pemberita baca berita dengan pakaian macam nie. Macam nie dipertontonkan dekat rakyat 1 Malaysia kaaa??????
“Pakai yang lebih sopan boleh kot. Erghhhh harap ada yang boleh tegoq suruh pemberita dia jangan terlalu seksa sangat,” tulisnya menerusi posting berkenaan.
Perkongsian yang mendapat lebih daripada 500 tanda likes itu dilihat telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen tempatan.
Rata-rata antara mereka mengecam teruk pembaca berita berkenaan kerana beranggapan pemakaian tersebut agak ‘keterlaluan’.
Hmmm… Bagaimana pula dengan pendapat anda? Adakah patut perkara sebegini dibiarkan? Bukankah kita ada etika dan kod pemakaian yang perlu dipatuhi?
Renung-renungkan ya… – MYNEWSHUB.CC/AM
No comments:
Write comments