GARA-gara wang, seorang wanita kaki kikis, telah membunuh suaminya dengan bantuan kekasih gelapnya dengan harapan mereka akan memperolehi wang insuran bernilai RM1.3 juta.
Rukhsana Bibi, 38, baru lima bulan berkahwin dengan Mohammed Yousaf yang berusia 65 tahun. Pada hari kejadian, dia dengan bantuan kekasihnya, Muhammed Arif telah merancang membunuh lelaki itu dengan menggelar lehernya dengan pisau.
Mayat lelaki malang itu hanya ditemui selepas tiga hari oleh tuan rumah di Preston. Pemeriksaan menunjukkan tengkoraknya retak dalam serangan berkenaan.
Selepas membunuh mangsa, pasangan durjana itu telah mencuri wang bernilai RM133,000 dalam bank Mohammed Yousaf. Polis juga menemui wang tunai berjumlah RM121,000 di rumah Muhamed Arif.
Sepanjang perkahwinan Rukhsana dengan suaminya, wanita itu juga menjalinkan hubungan seks dengan Muhammed Arif.
Sementara Mohammed Yousaf pula mengalami masalah pembelajaran, buta huruf dan tidak boleh bercakap atau menulis dalam bahasa Inggeris.
Mohammed Yousaf mengahwini Rukhsana pada April 2016, iaitu dua hari selepas wanita itu bercerai dengan suaminya. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments