Saturday, 25 November 2017

'Usah Macam Ni Uqasha, Simpan Untuk Suami'


PELAKON popular, Uqasha Senrose kini kembali ‘menjerut’ diri dengan kontroversi panas malah meletup apabila sekali lagi dikecam dek berpakaian tidak sopan di khalayak ramai.

Kontroversi ini bermula daripada tindakan Uqasha berkongsi beberapa keping gambar di Instagram memaparkan dia menyarungkan busana yang agak ketat sehingga menonjolkan asetnya yang ‘ranum’ itu.

Menerusi posting berkenaan, pemakaian pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen yang begitu seksi dilihat menjadi topik dan isu utama diperbincangkan dalam kalangan netizen prihatin.




Jika dilihat daripada ribuan komen yang ditinggalkan, Uqasha menerima kecaman dan kritikan agak teruk berhubung perkara busana ‘hebat’ berkenaan.

Rata-rata antara mereka berpendapat Uqasha berbuat sedemikian kerana hanya ingin publisiti dan mendapatkan perhatian semata-mata.

Bukan itu sahaja, malah ada juga segelintir pihak berpendapat keputusan aktres tersebut untuk kembali free hair kerana dia ingin berpakaian bebas seperti ini.

Sebelum ini, heboh dikatakan pelakon ini mengadu domba mengenai dirinya yang sering dikecam anggota masyarakat.

Tetapi jika dilihat daripada perkongsian berkenaan, rasanya Uqasha perlu bertanya kepada diri sendiri mengapa beliau sering dijadikan sasaran kecaman umum.

Bak kata peribahasa lama Melayu, tepuk dada tanya selera. – MYNEWSHUB.CC/AM

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments