ADAKAH ini hukuman yang setimpal? Lelaki ini mendakwa dia telah memberikan hukuman yang sewajarnya kepada pencuri di rumahnya iaitu seekor tikus yang curi beras dan gigit kakinya.
Apa hukuman berkenaan? Lelaki yang dikenali sebagai Lv itu mengikat tikus itu sebelum memukulnya dengan kayu. Tikus itu dilaporkan dipukul sampai mati.
Video berkenaan dirakamkan pada 13 November lalu di Wenshan, China. Dalam video terbabit, dia dilihat menyoal tikus itu seolah-olah binatang tersebut adalah manusia.
“Berapa banyak beras kau dah curi? Kau ni nakal la. Kau ni kotor,’’ katanya sambil memukul tikus itu dengan kayu.
Bangkai tikus itu kemudian dibuang dalam tong sampah. Video yang dirakamkannya itu telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen kerana ia dianggap sebagai perbuatan yang kejam.
Netizen berpendapat tikus itu tidak perlu diseksa sedemikian rupa namun ada pula yang bersetuju dengan perbuatan Lv. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments