Tuesday, 14 November 2017

Polis Pening, Suspek Jawab Soalan Dengan Kentut


MACAM ni pun ada… Pasukan polis di Amerika Syarikat terpaksa menghentikan siasatan terhadap suspek dadah dan senjata api selepas dia menjawab soalan yang ditanya dengan kentut.

Suspek yang dikenali sebagai Sean Sykes Jr. ditahan polis ketika cuba menjual dadah jenis kokain dan senjata di Kansas City, Missouri.

Dalam laporan di sebuah mahkamah, seorang pegawai penyiasat memberitahu, Sean yang duduk di kerusi akan kentut dengan kuat sebelum menjawab soalan.

“Sean berterusan mengeluarkan angin kentut yang berbau busuk sehinggakan saya terpaksa menamatkan soal siasat berkenaan,’’ katanya.

Sean menafikan segala tuduhan tersebut dan tiada pendakwaan jenayah dikenakan ke atasnya pada September lalu.

Bagaimanapun dia ditahan semula bulan ini selepas didapati memiliki senjata api yang dicuri.

Senjata .357 magnum itu dilaporkan hilang oleh pemiliknya beberapa hari lalu. Sean kini ditahan di lokap. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments