Sunday, 26 November 2017

‘Akak Sembang’ Beli 6 Rumah Buat Netizen Berang


SEORANG wanita telah mencetuskan sensasi di media sosial apabila mengakui menggunakan wang hantaran daripada bakal suaminya untuk membeli rumah pertama untuk disewakan.

Bukan sahaja itu, malah wanita itu juga seakan-akan mendabik dada dengan mengatakan dia mempunyai 6 buah rumah meskipun hanya bergaji RM2,500 sebulan dan beranak tiga!

Semuanya bermula dengan rantaian debat di Twitter tentang kos sara hidup masa kini yang semakin tinggi.

Ini termasuklah berkenaan isu pemilikan rumah dalam kalangan anak muda yang harganya kini dikatakan berada di luar kemampuan pembeli.

Tweet wanita yang dikenali sebagai Anis Hafiza Ali,31, didakwa mempersendakan golongan muda yang tidak boleh hidup di bandar dengan gaji sebanyak RM2,000.

Dakwa Anis, anak muda kini cuma tahu merungut sahaja namun tidak pandai mengintai peluang untuk memiliki hartanah sebagai pelaburan masa hadapan.

Mungkin ada benarnya apa yang dikatakan wanita itu dan ia mencerminkan sikap rakyat Malaysia yang hanya tahu merunggut dan semua benda nak free pada kerajaan.


Anis seterusnya berkongsikan caranya mengumpul aset hartanah sejak 2010 ketika gajinya cuma RM1500 sehinggalah kini.

Namun, apa yang membuat netizen cukup meluat dengannya bukanlah kerana dia menggunakan wang hantaran untuk menyelesaikan kos rumahnya, tetapi kerana ‘mulutnya’ yang lantang sungguh mempersendakan golongan muda yang tidak mampu memiliki rumah sepertinya.


Bukan sahaja itu, malah Anis juga menyifatkan generasi muda kini sebagai manja dan mengada-ngada kerana mahu hidup senang tanpa perlu berusaha keras apabila dia sudah viral dikecam!


Kisah ketakburan Anis ini mendapat perhatian netizen yang mengutuk mulut celuparnya dalam berbisnes itu.


Tak kurang juga yang memperbetulkan kenyataan Anis yang terlalu umum dan tidak adil kepada orang lain yang kurang bernasib baik ketana perlu menanggung ibu bapa di kampung dan sebagainya.


Meskipun perkongsian Anis itu sedikit sebanyak memberikan ilmu pengetahuan yang bermanfaat kepada orang ramai, namun harus diingatkan bahawa niat tidak menghalalkan cara!

Tidak salah jika mahu mengajar,tetapi ubahlah cara penyampaian tu agar tidak menyinggung perasaan orang lain. - MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments