Monday, 1 May 2017

Si Tanggang moden


Kaherah: Kerana mahu menggembirakan hati si isteri, seorang lelaki tergamak menghalau ibunya sendiri dan membiarkan wanita tua berkenaan merempat di tepi jalan. 

Zaynab Sayed Ghoneim Slim yang berusia 80 tahun menjadi gelandangan di sebatang jalan di bandar Qalyubia selepas dihalau dari rumah oleh anak lelakinya.

Kisah Zaynab mula mendapat perhatian selepas seorang wanita memfailkan aduan kepada Majlis Menteri pada Khamis lalu selepas melihat wanita tua itu tidur di tepi jalan. 

Menurut portal berita Al Arabiya, wanita itu turut memohon supaya Zaynab ditempatkan di rumah perlindungan warga tua. 

Tidak lama selepas laporan dibuat, Menteri Perpaduan Sosial, Ghada Wal menghantar sekumpulan petugas untuk menyiasat aduan itu. – Agensi/HMetro

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments