NAMA pelakon jelita, Uqasha Senrose nampaknya tidak pernah lekang daripada terpalit dengan gosip dan juga kontroversi panas.
Terbaharu kecoh beberapa hari lepas dengan berita yang tersebar kononnya Uqasha telah menyunting salah satu gambar di laman Instagram miliknya untuk kelihatan kurus.
Susulan perkara itu, pelakon yang popular menerusi drama bersiri, Khabar Dari Casablanca ini dilihat tampil bagi memberi jawapan terhadap segala cemuhan yang diterima.
Menurut pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, dia mengakui sememangnya ada menyunting gambar berkenaan bagi kelihatan ramping.
Uqasha berbuat sedemikian kerana dirinya sering dilabel gemuk dan berisi oleh segelintir netizen.
“Kita kan ada yang panggil gemuk jadi saya edit sikit je pun untuk bagi nampak ramping.
“Kalau nak diikutkan, gambar sebelum dengan selepas tidaklah banyak beza mana. Bukan nak kurus macam tiang dinding pun,” luah anak jati kelahiran Kelantan ini dipetik portal Media Hiburan.
Ketika ditanya soal mengenai tindakan individu yang dilihat seperti ‘memanaskan’ keadaan dengan menyunting semula gambar berkenaan, Uqasha akui tidak ambil kisah berhubung perkara berkenaan.
Ujarnya, dia tidak ambil pusing dan sudah masak dengan perangai netizen yang suka sangat mencari kesalahan selebriti.
“Yang buat before dan after tu pun gigih. Macam tiada kerja lain. Apa pun, saya okay sahaja sebab haters gonna hate always.
“Ada sahaja kesalahan yang akan dicari,” ujar uqasha yang kini sedang hangat bercinta dengan pengacara, Hefny Hasad.
Dalam perkembangan lain, Uqasha dikatakan sedang sibuk dengan penggambaran telefilem bertajuk Pulangkan Kasihnya.
“Selepas selesai jalani penggambaran filem Hantu Kak Limah Balik Rumah 2 bersama Dato’ Awie, kini saya sedang sibuk di set drama Pulangkan Kasihnya. Akan datang, Insya-Allah selepas ini saya akan terlibat dalam sebuah filem seram pula,” kongsinya.
Memetik sumber, kami di MYNEWSHUB difahamkan telefilem arahan Al-Bakri Harith tersebut bakal menemui penonton sekitar Hari Raya Korban tahun hadapan. – MYNEWSHUB.CC/AM
No comments:
Write comments