Friday, 17 November 2017

Jumpa Kondom, Isteri Tikam Mati Suami 10 Kali


HANYA kerana mengesyaki suaminya curang, seorang wanita berusia 22 tahun mengaku membunuh suaminya dengan cara menikam mangsa beberapa kali sehingga mati.

Nitta Saegdeuan dari Udon Thani, Thailand didakwa menikam kejam Amnuay Wensila, 62, hingga mati di kediaman mereka berpunca dari kondom yang ditemui dalam poket seluar suaminya.

Saengdeuan percaya, penemuan kondom itu sudah cukup membuktikan bahawa suaminya selama ini curang dan dia berasa tertipu meskipun lelaki tersebut sudah berusia agak lanjut.

Lapor Daily News, Saengdeuan dalam kejadian Rabu lalu pada mulanya bertengkar dengan suaminya selepas mendakwa lelaki itu melakukan hubungan seks dengan wanita lain.



Tidak tahan dengan alasan ‘basi’ suaminya, wanita itu kemudian nekad mengambil sebilah pisau dan bertindak mengejar mangsa sehingga ke luar rumah.

Mangsa yang sudah berumur itu bagaimanapun tidak sempat melarikan diri dan ditikam wanita itu sebanyak 10 kali, menyebabkan dia mati di tempat kejadian.

“Selepas mendapati suami telah mati, saya heret mayatnya dan sembunyikan di dalam tangki septik,” kata Saengdeuan.

Saengdeuan kemudian menghubungi polis dan mereka cerita kononnya dia menemui mayat suaminya di dalam tangki septik itu.

Bagaimanapun setelah disiasat, Saengdeuan akhirnya mengaku bahawa dia telah menikam suaminya sehingga mati kerana cemburu selepas menemui kondom di dalam poket seluar mangsa.

Ekoran kejadian itu, polis telah menahan Saengdeuan dan didakwa kerana membunuh dan menyembunyi mayat mangsa. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments