Thursday, 30 November 2017

'Dia mengekori dan berkata sesuatu mengenai dada saya'


Kecoh di Twitter seorang wanita mendakwa dia diganggu oleh lelaki yang cuba melakukan gangguan seksual terhadapnya. 

Dalam kejadian di kawasan tempat letak kereta berdekatan Wisma Mont Kiara, Aida ketika itu dalam perjalanan menuju ke keretanya seorang diri sebelum dihampiri lelaki yang tidak dikenali itu.

"Ketika saya sedang berjalan ke kereta, lelaki ini berjalan di laluan yang sama. Bila dia berjalan di sebelah saya, dia berkata sesuatu mengenai dada saya. 

"Kemudian dia mengekori saya sehingga ke kereta dan berdiri di luar, berulang kali memberi isyarat agar saya datang ke arahnya kerana dia mahu memberi sesuatu," katanya. 


Menurut Aida, lelaki itu akan berhenti apabila ada orang awam berhampiran dan kemudian menyambung semula memanggilnya berulang kali. 

Bagaimanapun Aida tidak mengendahkan permintaan lelaki itu, malah dia sempat merakam gambar lelaki terbabit dan muat naik ke media sosial bagi memberi peringatan kepada orang ramai terutamanya golongan wanita yang berada di kawasan kejadian lebih berhati-hati. 

Difahamkan, Aida belum membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sementara itu, netizen mengesyaki lelaki terbabit berniat tidak baik dan menyasarkan perempuan yang berjalan sendirian. Netizen juga tidak menolak kemungkinan lelaki itu akan terus mengulangi perbuatannya itu selagi tiada mangsa gangguan membuat laporan berhubung kejadian tersebut.

Justeru, orang ramai diingatkan sentiasa bersedia dengan penyembur lada bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. - The Reporter

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments