JUTAWAN kosmetik dan personaliti popular Dato’ Seri Aliff Syukri berasa pelik apabila lagu single duetnya bersama-sama Nur Sajat menerima lebih banyak ‘unlike’ daripada ‘likes’ di YouTube.
Video lirik lagu Abang Nak Tegur sentuhan Edry KRU itu setakat ini ditonton sebanyak 645,772 kali.
Yang kelakarnya, video itu menerima 60,000 tanda tidak suka (unlike), berbanding hanya 7000 sahaja ‘likes’!
Terkilan dengan perkara itu, Aliff meluahkan rasa kecewanya menerusi satu entri di Instagram.
Soal Aliff, mengapa video itu menerima unlikes yang cukup banyak meskipun ianya hanyalah video lirik dan bukan video rasmi lagu tersebut.
Haaa, sebabkan Aliff dah tertanya-tanya, biar kami yang menjawabnya, ya.
Melalui tinjauan kami di wall Facebook MYNEWSHUB, kami dapati netizen bukanlah tidak sukakan suara pengasas produk D’Herbs itu, tetapi sebenarnya ‘potong stim’ bila bahagian Sajat berkumandang!
Kata seorang pengguna FB, Zaki Jaafar: “Unlike tanda tak suka. nk2 pulak ada spisis songsang .aduhh . warga malaysia jujur klau x suka .unlike jew hahaha simple pakcik.”
Shahir Wajdi: “I’m proud to be salah seorang penyumbang button unlike haha, bukan sbb alif syukri tp sebab sajat.”
Razel Sarmin: “Suara aliff oklah..tp sbb feat dgn abg sajat terus hilang mood.”
Mayang Sulit: “Berjuta kali baik kalo ko berduet ngan vida ke azwan ali ke jaafar onn ke drpd ko duet ngan bang sajat xsedar diri tu, tp sgt lah baik kalo ko xpayah duet ngan sapa2 atau dgn kata lain baik xpayah rakam lagu. annoying.”
Fadzli Nor: “Dato’ nyanyi ok.. biasalah.. muzik catchy… Dato’ pn bkn asal penyanyi.. so, blh diterima… Tp yg org xblh terima tu.. tu ha… Si sajat tu… Klu dia xde mgkn xlh teruk sgt unlike nya… Klu tanpa sajat still ramai unlike tp not bad bg seorg yg bkn penyanyi.. sajat tu.. please lah dato’.. get away from him… Not her…”
Nampak tak? Sebenarnya, lagu, mutu suara dan mesej yang terkandung dalam lagu Abang Nak Tegur itu sememangnya wajar dipuji kerana bagus dan melebihi jangkaan orang ramai.
Tapi tu lah, Sajat tu buat ‘potong’ pula! - MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments