DISEBABKAN seorang tukang gunting rambut (barber) di sebuah salon di Cleveland, Amerika Syarikat mengambil masa yang terlalu lama untuk menggunting rambut anak lelakinya, seorang wanita tergamak mengacukan pistol terhadap pekerja salon tersebut.
Sebelum mengacukan pistol, wanita itu dikatakan sudah membuat rungutan terhadap pengurus salon itu kenapa pekerjanya mengambil masa yang terlalu lama untuk menggunting rambut anaknya.
Menurut pengurus terbabit, ketika insiden itu, wanita tersebut turut mengugut dengan mengatakan pistolnya masih lagi berbaki dua peluru.
Susulan kejadian itu, pihak polis kini sedang memburu wanita tersebut bagi tujuan siasatan lanjut. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments