Monday, 20 November 2017

Nak Kurus Punya Pasal, Uqasha Kantoi ‘Edit’ Gambar?


FUHHH…Dalam beberapa bulan ini sahaja nama pelakon jelita, Uqasha Senrose dilihat sudah beberapa kali terpalit dengan gosip panas.

Maklum lah kalau dah bergelar anak seni, pastinya tidak akan pernah terlepas daripada perhatian ramai sekaligus menjadi topik bualan.

Terdahulu, wanita ini pernah dilempar dengan pelbagai tohmahan negatif mengenai keputusan untuk kembali freehair selepas tiga tahun berhijab.

Tidak lama kemudian, timbul pula cerita berhubung kritikan netizen akan perubahan susuk tubuhnya yang dikatakan semakin ‘ranum’ dan busana seksi yang digayakan ketika menghadiri acara berprestij, Anugerah Skrin 2017 baru-baru ini.


Namun, Uqasha dilihat tidak mengambil pusing berhubung perkara-perkara berkenaan dan dilihat lebih bahagia menjalani hidupnya seperti biasa.

Terbaru, nama bintang popular ini sekali lagi terpalit dengan gosip apabila gambar yang memaparkan dia sedang bersandar pada pintu teruk dikritik netizen.


Menerusi entri terbaru Uqasha di laman Instagram, pelakon itu sopan berpakaian warna kelabu sambil bersandar di salah satu sudut rumah.

Namun, apa yang menjadi bualan netizen bukanlah pesona dan aura cantik pelakon berkenaan.

Tetapi, keadaan pintu di belakang Uqasha yang dilihat sedikit senget! Baiklah, cuba perhatikan betul-betul gambar berkenaan. Haaa…Bukan main meleding lagi pintu tu kan?!

Ekoran itu, secara tidak langsung ia menimbulkan sedikit ‘kepelikan’ pada gambar itu sekaligus menerima berdas-das kecaman daripada netizen.

Rata-rata antara mereka mendakwa pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen menyunting gambar berkenaan semata-mata untuk kelihatan kurus.

Yang lebih melucukan, terdapat juga netizen yang dilihat seolah-olah ‘memanaskan’ lagi situasi dengan menyunting gambar berkenaan agar kelihatan seperti asal.


Hamboi dik…Bukan main gigih lagi ye kau duk edit bagai bagi aib kat orang lain. Tak ada kerja ke?

Alahaiii…kesian pulak akak tengok kat Uqasha ni. Bila kurus orang duk mengata, gemuk pula kena kecam. Sabar je lah ye dikk… – MYNEWSHUB.CC/AM

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments