JIKA satu perkara yang melibatkan nyawa orang yang tersayang, masihkah anda akan bersikap mementingkan diri sehingga mengorbankan nyawa insan berkenaan?
Posting seorang kakitangan sebuah hospital telah menceritakan detik cemas ketika merawat seorang bayi yang berada dalam keadaan kritikal.
Bayi itu dikatakan telah mengalami penyakit ‘coffee ground gastric aspirate’ atau dalam bahasa mudahnya, pendarahan di kawasan esofagus dan duodenumnya.
Darah baharu perlu diberikan kepada bayi itu dan segala prosedur serta komplikasi mahupun kesan sampingan selepas rawatan telah diterangkan kepada si ibu.
Si ibu pada asalnya bersetuju demi kebaikan bayinya. Namun, sekembalinya jururawat yang bertugas untuk mendapatkan tandatangan si ibu, wanita itu terus tidak bersetuju untuk meneruskan rawatan.
Rupa-rupanya si bapa telah menolak rawatan yang ditawarkan oleh pihak hospital dengan alasan tidak mengenali individu yang darahnya dirancang untuk dipindahkan kepada bayinya.
Suaminya itu juga tidak peduli jika keputusannya itu bakal memberi kesan buruk termasuk meragut nyawa anaknya.
Kata bapa itu lagi, dia tidak mahu darah bukan orang Muslim bercampur dalam diri anaknya.
Tambah si bapa, jika darah yang bakal diterima oleh anaknya itu ialah darah haram, hidup anaknya itu tidak akan diredai oleh Allah S.W.T.
“Doesn’t you have your work hard and try everything first before you redha about qada and qadar?” luah wanita yang menulis posting itu.
Sudah semestinya pemeriksaan kesihatan telah dijalankan terlebih dahulu sebelum seseorang itu menderma darah.
Bukan sahaja tidak bersetuju untuk menjalankan rawatan pemindahan baharu, si bapa itu juga tidak bersetuju jika pihak hospital ingin memberikan suntikan vaksin kepada anaknya.
Sebagai isteri, wanita itu hanya mengikuti sahaja kata-kata si suami demi kebaikan masa depan anak mereka.
Kedua-dua pasangan itu dikatakan pernah kematian anak sebelum ini dan punca kejadian masih menjadi tanda tanya kerana si bapa tidak mahu mengetahui sebab kematian itu berlaku.
Kita perlulah berusaha terlebih dahulu sebelum menyerahkan segala ketentuan kepada Ilahi.
Takkan belum berusaha pun kita sudah mengalah? Kasihan si anak yang masih kecil, terpaksa menahan siksaan hanya kerana si bapa yang kolot.
Wajarkah perkara seperti ini berlaku pada zaman sekarang? Anda fikirkan lah. –MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah
No comments:
Write comments