BERLIN – Berat mata memandang, berat lagi zakar yang memikul! Opssss silap… sepatutnya berat lagi bahu yang memikulnya, namun itulah yang berlaku di Jerman.
Secara umumnya dalam kalangan kita, pasti ada sahaja golongan lelaki yang bertubuh sasa atau sado gemar mengangkat berat di gim sama ada untuk kekal sihat atau membina badan.
Bagaimanapun, bagi seorang lelaki ini, beliau kemungkinan besar begitu terbawa-bawa dalam senaman di gim- sehingga zakarnya sendiri pula tersendat, menurut laporan media tempatan.
Pasukan bomba terpaksa dikerahkan untuk membebaskan lelaki itu setelah batang kemaluannya terselit dalam lubang di tengah-tengah plat angkat berat gim seberat 2.5 kilogram pada Jumaat.
Malah, lelaki malang tersebut terpaksa ‘menanggung malu’ untuk dibawa dari gim di Worms; 617 kilometer dari sini ke sebuah hospital berhampiran dengan besi berat di sekeliling zakarnya.
Beliau kemudian, juga harus menahan sakit apabila anggota bomba tempatan cuba membebaskannya dengan cara memotong besi itu – selepas tiga jam mereka terpaksa bermandi peluh!
Tidak dapat dipastikan sama ada zakar lelaki itu terjejas dengan teruk oleh insiden tersebut. Bagaimanapun, pasukan bomba sempat menulis amaran menerusi laman Facebook mereka
“Jangan meniru tindakan sedemikian!” Ia menyebabkan ramai netizen tidak dapat menahan ketawa berbanding perasaan simpati terhadap mangsa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
No comments:
Write comments